Masjid ini terletak tidak jauh daripada kawasan Pekan Banting yang menjadi tumpuan penduduk setempat untuk membeli belah dan mendapatkan barangan harian. Terdapat beberapa buah surau yang bernaung di bawah pengurusan kariah masjid ini di antaranya Surau Imam Haji Hanafiah, Surau Haji Abdul Hamid dan Surau Darul Ulum serta sebuah sekolah iaitu Sekolah KAFA Integrasi Sungai Lang Baru bersebelahan masjid ini.
Masjid Kampung Sungai Lang Baru
Sumbangan
Operasi Masjid Kampung Sungai Lang Baru bergantung sepenuhnya kepada dana yang diperoleh melalui sumbangan orang ramai untuk membiayai setiap kos yang berkaitan seperti gaji kakitangan, bil utiliti seperti elektrik, air dan internet, kos penyelenggaraan masjid, kos landskap serta kos menjalankan program dan aktiviti yang dianjurkan oleh masjid.
Program Yang Dikendalikan Di Masjid :
Solat fardhu berjemaah
Tadarus al-Quran
Solat Jumaat
Program Fardhu A’in dan ilmiah
Majlis akad nikah beserta jamuan
Urusan pengurusan jenazah
Cara mudah untuk anda menyumbang
Secara Tunai
Di peti-peti sumbangan masjid
Kod QR Toyyibpay
Imbas & Infaq SEKARANG
Melalui bank (Cek/Pindahan Wang)
BANK ISLAM : 12074010031714
(MASJID KAMPUNG SUNGAI LANG BARU)